NoorEmY IzIaNa Photobucket

Monday, May 16, 2011

Sunday, January 9, 2011

 


Ibu,
Kau memberikanku kehidupan yang sempurna
Kau beri ku kekuatan jiwa
Pesan Ibu masih terpahat dihati
Menegurku sebelum terlanjur tingkah
Bukan kau marah
Bukan kau benci
Tapi tanda sayangmu padaku...
 

Ibu,
ibadah adalah istana megah bagi anak nye..
melebihi keindahan bumi..
Dia yang melahirkan dengan penuh perjuangan menahan rasa sakit demi kita..
Dia isi dunia bagiku,melengkapi semua isi jagat raya...
Kan ku selalu jaga ia sampai disaat ku mampu mendampingi dirinya..
Bukan kau benci
Tapi tanda sayangmu padaku...
 

Ibu,
indah sekali memangilmu setiap hari..
biar kadang kala ibu sibuk..
kerenahku tetap dilayan sepperti anak kecil..
biar kadang kala ibu mara..
...tapi tetap senyum padaku..


Ibu...
terima kasih kerana sentiasa dibelakang ku..
sentiasa mmberi semagat pada ku..
andai tiada ibu dibelakang ku,pastinya ak tidak mmpu menghadapi dugaan yg mndatang..
dan maafkan anak mu ini kerana menyusahkan mu..
ak bersyukur sangat2 kepada ALLAH kerana dianugerahkan ibu yg sebaik mu didunia ini


Ibu...
aku masih anakmu yg dulu
yg sering kau marahi kerana khilafku
yg sering kau dakap di depan pintu saat aku ingin pergi ke sekolah
yg sering meminta2 dimasakkan makanan kegemaranku
...yg sering bertanya pendapatmu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan ibu...
aku masih anakmu yg dulu walau kini aku tidak sekecil dulu...;)sygIBU

Ibu...
jasamu mengalir dlm tubuhku
membesarkan aku dgn ilmu
mendidik jiwaku dgn iman
mengajar aku makna kehidupan ini
...agar suatu hari nanti
segala ilmu dan bakti
menjadi penyuluh bekalan diri...;)sygIBU

Ibu..
hari ini aku berdiri atas dua tapak kaki
melangkah mengharungi hidup ini
berbekalkan ilmu yg diberi
buat aku rasa ingin selalu berbakti...;) sygIBU

Ibu...
leteranmu bak burung berkicauan
membingitkan telinga
namun terselit kemerduan
masih terngiang - ngiang di telinga
...menjadi halwa paling berharga

pukulanmu bak patukan berbisa
masih terasa sakit biratnya
mengajar aku yang engkar kata
menjadi penawar yang paling berguna...;) sygIBU

 

Friday, January 7, 2011

IBU KAU LAH RATU HATI KU




Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Mesti tersentuhkan,so kepada meraka yang bersikap kasar,tidak hormat dan derhaka terhadap ibu ambillah peluang pada hari ibu ini untuk meminta maaf kerana ibulah satu-satunya tempat kita berkasih dan bermanja dari kecil lagi...
Bak kata perpatah kasih ibu sepanjang jalan kasih anak sepanjang galah renung-renungkan lah..
IBU KAU LAH RATU HATI KU..I LOVES U so MUCH.